Pada 24 Oktober
2015 adalah hari yang paling bermakna kerana dapat menghadiri konvokesyen ke 55
UTM.Adalah lebih bermakna kerana dapat menamatkan pengajian peringkat sarjana
dalam Kejuruteraan Elektrik Telekomunikasi.
Keadaan di dalam dewan
Saya merasa
teruja untuk hadir ke majlis konvokesyen UTM yang ke 55.Perjalanan dari Pulau Pinang ke ke UTM Skudai selama 8 jam tidak terasa.Beratur panjang untuk
mengambil jubah adalah satu cabaran kerana berdiri hampir 1 jam.Pada hari
kejadian jam 645 pagi graduan juga terpaksa beratur untuk pendaftaran dan jika lambat
sampai bermakna panjang lagi barisan untuk menunggu giliran.
Untuk menunggu
giliran masuk kedalam dewan memang berpeluh.Bayangkan banyak lapisan baju yang
dipakai dari long sleeve,blazer dan jubah.Lebih kurang jam 8 pagi baru la
pergerakkan masuk kedewan bermula.Hati rasa lega kerana dapat merasa pendingin
hawa dewan besar UTM.
Bersama rakan sebelum bergerak masuk ke dewan
Tepat jam 830 pagi perarakkan masuk pegawai-pegawai UTM dan ikuti perarakkan masuk Canselor
UTM,Pro Canselor dan pengurusan tertinggi UTM.Hati rasa teruja bila lagu
negaraku dimainkan dan dinyayikan oleh semua yang berada di dalam dewan.Pada majlis ini penganugerahan
untuk kursus MEL adalah seramai 5 graduan di mana 3 dari malaysia dan 2 graduan luar.Apabila Dekan Fakulti
Elektrik membuat pengumuman,tiba la giliran saya untuk menerima Ijazah Sarjana
Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Telekomunikasi.
Majlis tamat
lebih kurang Jam 12 Tghari dan lagu terakhir yang dapat didengar adalah lagu
gemuruh.Pada majlis ini saya melihat team belakang tabir adalah yang terbaik.Semasa
saya berbaris untuk naik ke pentas,team ini akan memastikan graduan setiasa kemas.Team
ini akan membetulkan jubah,tali leher,blazer dan sebagainya.Siap beri
peringatan suruh ucap “menjunjung kasih tuanku”,”terima kasih Tan Sri” dan mengingati
untuk hormat kepada dekan yang berada atas pentas.This team is the BEST.
Apabila lagu gemuruh
di mainkan rasa hati sayu kerana tidak tahu bila lagi akan datang untuk
menghadiri majlis konvokesyen UTM.Ini kali ke 3 berada di majlis konvokesyen UTM iaitu bermula dari diploma,Ijazah dan sekarang Sarjana.
Bagi saya bukan senang untuk berada pada
majlis konvo ini.Teringat pernah KG(gagal berhenti) pada sem 1 Master kerana
gagal dalam subjek advance microprocessor.Prof Dr Razali Ngah (penasihat
akademik) yang banyak beri nasihat supaya saya merayu kepada UTM untuk sambung
semula pengajian.Prof Razali telah menjalankan tugas sebagai penasihat akademik
dengan sempurna sekali.Pensyarah saya yang memang lagend Dr Usman Ullah yang
memang sentiasa berkongsi pendapat setiap semester untuk memastikan saya tamat
pengajian.Walaupun mungkin saya engkar arahan dia untuk selesaikan FYP tapi dia
adalah supervisor yang terbaik.Dr kamaludin juga sentiasa membantu memberi
tunjuk ajar.
Bersama Pensyarah Ecad (Otai).
Apabila saya berada di atas pentas untuk menerima sekeping kertas,beberapa pekara akan terpikir.Berada di
pentas adalah sebab mak dan ayah serta keluarga sentiasa support,pensyarah
yang sentiasa memastikan ilmu disampaikan dapat diterima oleh pelajar dan
rakan-rakan terdekat yang sentiasa beri semangat.
Terima kasih kepada FKE yang sentiasa memberi peluang untuk menimba ilmu.Insyaallah jika kewangan cukup kita berjumpa lagi FKE.Tidak lupa pada pensyarah SEP POLIMAS (badge 1993-1995) yang mengenalkan apa itu elektrik.