Apabila sampai ke pintu masuk Polimas terasa seperti 23 tahun dahulu iaitu pada Jun 1993 dimana polimas menerima pelajar baru untuk kemasukan Jun 1995.Berbeza dengan 2015 banyak berlaku perubahan di dalam Polimas.Banyak pembangunan dilakukan di dalam kawasan Polimas selari dengan penambahan jumlah pelajar.Teringat pada zaman berlajar,berhujan dan berpanas untuk ke bilik kuliah dari asrama demi untuk menuntut ilmu.
Saya berdiri di hadapan pintu masuk ke lab utama jabatan elektrik.Satu ketika tempat ini digunakan oleh pelajar Sijil Kejuruteraan Elektronik Perhubungan (SEP).Bengkel yang biasa digunakan oleh kelas kami pada masa itu adalah lab basic elektrik,elektronik,instrumentasi dan lab telekomunikasi.
Satu ketika laluan ini digunakan untuk ke kelas Autocad.Dihadapan lab ini biasa diadakan perjumpaan kompeni C batalion 504 AW pada setiap hari jumaat.
Gambar di atas adalah laluan utama untuk ke asrama dari blok akademik. Kawasan lapang ini biasa digunakan oleh pasukan wataniah Polimas.
Cousemate 23 tahun dahulu SEP4A
Satu ketika dahulu Polimas lah yang mengenalkan pendidikan teknikal sehingga berjaya sehingga sekarang.Bersama rakan-rakan mengharungi susah senang menyiapkan tugasan yang di beri oleh pensyarah.Sahabat saya sekelas telah berjaya dalam kerjaya masing-masing dan ada diantara mereka telah menyumbangkan bakti mengajar kembali di Polimas.